Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Jurulatih Hong Kong Terkejut Dengan Corak Permainan Harimau Malaya

today2 June 2022

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Semalam, skuad negara mencatatkan satu lagi kemenangan pada Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 selepas berjaya menundukkan Hong Kong 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ia adalah perlawanan persahabatan terakhir sebelum mereka menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia 2023 yang akan bermula pada minggu depan.

Disebalik kemenangan tersebut, ketua jurulatih Hong Kong, Jorn Andersen meluahkan rasa terkejut melihat corak permainan pantas Harimau Malaya. Beliau sebelum ini pernah membimbing Korea Utara menentang skuad negara ketika Kelayakan Piala Asia 2019.

Namun kali ini beliau menyifatkan Malaysia beraksi dengan lebih baik dan dibarisi oleh ramai pemain berkualiti berbanding dengan pasukannya.

β€œMereka bermain bagus dan saya betul-betul terkejut. Mereka juga ada ramai pemain berkualiti. Kami mempunyai sedikit masalah dengan permukaan padang kerana mereka bermain dengan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post