
PETALING JAYA: Kelemahan juruterbang membuat keputusan dalam cuaca buruk menjadi punca sebuah helikopter terhempas di Cameron Highlands tahun lepas, menurut laporan kemalangan.
Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) berkata, pengendali pesawat telah diarahkan untuk menyediakan program latihan berulang kepada juruterbang mengenai penerbangan di kawasan gunung dan dalam keadaan cuaca buruk secepat mungkin.
“Keupayaan penilaian risiko (juruterbang) dan pertimbangannya perlu dipertingkatkan agar (beliau) tidak mengambil risiko tidak perlu,” kata biro itu dalam laporan kemalangan terakhirnya.
Helikopter Airbus AS 355 F2 milik syarikat swasta, membawa seorang doktor, dua jururawat dan dua pembantu perubatan dalam misi perubatan dari Tanjung Rambutan, Perak, itu terhempas berhampiran Brinchang.
Biro itu…