Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

K. Devan Sanjung Tinggi Aksi Pemain Negeri Sembilan Hadapi JDT

today12 May 2022

Background
Devan




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, K. Devan memuji persembahan yang ditampilkan anak buahnya meskipun tunduk 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super 2022 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Beraksi baik dengan mencipta beberapa peluang serta kental menyerap asakan lawan sehingga 109 minit perlawanan, tuan rumah akhirnya hampa dengan jaringan dramatik dihasilkan pemain import dari Argentina, Fernando Forestieri.

Kekalahan itu menyaksikan rekod tanpa kalah Negeri Sembilan lebur dan kedudukan teratas turut dirampas juara lapan kali saingan Liga Super tersebut.

β€œKita bermain macam biasa, semua perlawanan kita main macam ini. Sebelum perlawanan ada saya tengok ada laporan-laporan yang kita akan β€˜parking bus’. Jadi kita tak β€˜parking bus’ hari ini, kita main macam biasa,” ujar Devan bercakap dalam sidang media selepas tamat aksi bertemu JDT.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah