Hot FM

Kabinet baharu Sarawak angkat sumpah secara maya hari ini



Pada pilihan raya negeri Sarawak lalu, GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan. (Gambar Bernama)

KUCHING: Majlis angkat sumpah barisan Kabinet baharu Sarawak dan menteri muda kali ini melakar sejarah tersendiri apabila berlangsung secara maya menyaksikan Yang Dipertua Negeri Abdul Taib Mahmud menerima pelantikan mereka di Astana Negeri dengan istiadat dijalankan secara fizikal di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Turut hadir menyaksikan istiadat secara hibrid itu ialah Ketua Menteri Abang Johari Openg dan isteri Juma’ani Tuanku Bujang.

Majlis angkat sumpah itu didahului oleh tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Douglas Uggah Embas, Awang Tengah Ali Hasan dan Dr Sim Kui Hian diikuti menteri antaranya Fatimah Abdullah, Stephen Rundi Utom, Abdul Karim Rahman Hamzah, Lee Kim Shin, John Sikie Tayai, Julaihi Narawi dan Roland Sagah Wee Inn.

Ini diikuti menteri muda yang terdiri daripada Francis Harden Hollis, Dr…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version