Hot FM

Kabinet lulus cadangan dasar had tempoh jawatan PM 10 tahun


Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said berkata keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri meneliti input dasar, pandangan awam serta syor melalui sesi libat urus holistik. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Cadangan dasar mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun atau dua penggal penuh dipersetujui Jemaah Menteri semalam.

Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said, berkata beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dilakukan untuk mengukuhkan dasar itu.

“Keputusan ini dibuat selepas Jemaah Menteri meneliti secara menyeluruh input dasar, pandangan awam serta syor yang dikemukakan melalui sesi libat urus holistik dengan pembabitan pelbagai pihak berkepentingan,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, cadangan itu bagi mengelakkan penumpuan kuasa berlebihan, memperkukuh sistem demokrasi dan meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kepimpinan negara selaras amalan demokrasi matang peringkat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version