Hot FM

Kabinet lulus suruhanjaya pendidikan tinggi bersama Malaysia-China


Zambry Abd Kadir meninjau pameran pelajar pada Festival Idea Putrajaya (FOI Putrajaya). (Gambar Facebook)
PUTRAJAYA:

Kabinet meluluskan penubuhan Suruhanjaya Bersama Pendidikan Tinggi Malaysia-China sebagai platform memperkukuh kerjasama pendidikan tinggi antara kedua-dua negara.

Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir berkata persetujuan penubuhan suruhanjaya itu sudah ditandatangani, dengan mesyuarat melibatkan kedua-dua negara akan diadakan setiap tahun.

Katanya, mesyuarat pertama dijadualkan berlangsung di China tahun depan selepas ditangguhkan daripada tahun ini bagi memberi laluan kepada beberapa urusan yang perlu diselesaikan di Malaysia.

“Ini merupakan langkah-langkah ke hadapan dalam pengantarabangsaan pendidikan tinggi Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Festival Idea Putrajaya (FOI Putrajaya).

Mengulas penganjuran FOI Putrajaya yang berlangsung selama tiga hari bermula 17 Nov, Zambry berkata acara yang memasuki tahun ketiga itu berjaya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version