Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kabinet Sarawak tak statik, boleh ubah ikut keadaan, kata Abang Jo

today5 January 2022

Background



Ketua Menteri Abang Johari Openg berkata, Kabinet akan diselaraskan dengan apa yang harus dilaksanakan, tetapi yang penting adalah untuk melaksanakan janji.

PETALING JAYA: Kabinet Sarawak yang diumumkan baru-baru ini bukanlah bersifat statik yang tidak boleh diubah, kata Ketua Menteri Abang Johari Openg.

Katanya, beliau bersedia melakukan sebarang perubahan kepada barisan Kabinet negeri itu mengikut keperluan serta keadaan semasa.

“Sudah tentu Kabinet ini tidak statik, ia akan berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan tertentu.

“Kami akan menyelaraskan semula (Kabinet) dengan apa yang harus kami laksanakan (pada masa itu) tetapi apa yang penting kami kena laksanakan janji,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis malam apresiasi petugas Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) di Kuching.

Pada 30 Dis lalu, Abang Johari mengumumkan senarai Kabinet baharu Sarawak yang terdiri daripada 10 Menteri dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post