Menerusi video yang dimuat naik oleh @askargebu, kelihatan budak perempuan itu sedang belajar mengaji bersama ibunya dan seorang lagi wanita yang merupakan si perakam.
Apa yang menghiburkan adalah apabila disuruh mengaji, budak perempuan itu sengaja melengahkan masa dengan berkata “senang je, kacang, kacang hijau, kacang besar gedempol”.
Ibunya di sebelah dilihat tidak dapat menahan ketawa lalu menutup mukanya. Suara budak perempuan itu juga dikatakan persis seperti kartun popular Upin & Ipin.