Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kad laporan menteri dibentang pada pemukiman minggu depan, kata Anwar

today8 January 2023

Background



Anwar Ibrahim bertemu komuniti Malaysia di Jakarta, Indonesia petang tadi. (Gambar Pejabat Perdana Menteri)

PETALING JAYA: Semua menteri akan membentangkan pencapaian mereka setakat ini dan perancangan masa depan pada sesi pemukiman minggu depan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Dalam masa satu minggu, sesi pemukiman akan diadakan untuk semua menteri membentangkan pencapaian setakat ini.

“Pada sesi itu mereka boleh bentang pencapaian, KPI hendak dicapai dan rancangan masa depan,” katanya menurut Malaysiakini.

Anwar berkata demikian pada majlis makan bersama diaspora dianjurkan Kedutaan Malaysia di Jakarta malam tadi.

Anwar kini dalam lawatan dua hari ke Indonesia, kunjungan rasmi pertamanya ke luar negara sejak menyandang jawatan perdana menteri pada 24 November lalu.

Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo, esok, yang akan memberi peluang kepada Kuala Lumpur dan Jakarta menilai kemajuan kerjasama dua hala,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post