
PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin memberi amaran kepada semua warga Rohingya agar “jangan naik kepala” kerana kad pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) bukan “lesen” untuk bertindak sesuka hati dan melanggar peraturan.
Beliau yang bersimpati dengan nasib warga Rohingya berkata, mereka tidak boleh melakukan kesalahan, contohnya berniaga di lampu isyarat dan meminta sedekah.
“Saya tak suka sesiapa yang naik kepala, melanggar undang-undang negara. Sesiapa sahaja, tak kira warganegara atau bukan, mahupun pelarian perlu ikut undang-undang negara ini. Kalau mereka tak patuh, boleh ambil tindakan.
“Sebab itu saya arahkan polis memberi perhatian pada perkara ini dan setiap anggota di lapangan perlu benar-benar faham keadaan mereka (pelarian) ini,” katanya dipetik…