Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kada terima RM20 juta baiki infrastruktur pertanian terjejas banjir

today6 January 2025

Background


Pengerusi Kada Khalid Abdul Samad berkata petani yang mengalami kerugian akibat bencana banjir akan dibantu menerusi dana bencana selain skim insuran takaful Agrobank.

KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) mengesahkan telah menerima peruntukan RM20 juta bagi membaiki infrastruktur pertanian yang terkesan banjir di Kelantan baru-baru ini.

Pengerusi Kada, Khalid Abdul Samad, berkata antara kerosakan yang dikenal pasti termasuk kerosakan pintu kawalan air di Pasir Mas dan Pasir Puteh.

Beliau berkata banjir yang berlaku baru-baru ini bukan hanya merosakkan sebahagian besar tanaman padi tetapi juga kerosakan sistem dan infrastruktur.

“Kita kena cari jalan dan mengambil tindakan segera untuk mencari penyelesaian walaupun pendekatan yang bersifat sementara bagi memastikan bekalan air mampu disalurkan ke sawah untuk jadual penanaman musim depan atau sebelum April.

“Kada akan mengadakan pertemuan dengan Exco Pertanian, Industri, Agromakanan dan Komoditi dan Exco Kerja…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Liverpool hampir dimalukan United

Liverpool: Manchester United bangkit daripada kekalahan empat perlawanan berturut-turut untuk mencatat keputusan seri mendebarkan 2-2 menentang Liverpool, sekali gus menghentikan rentak cemerlang tuan rumah menuju ke kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

today6 January 2025