Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kadar baharu kenaikan gaji penjawat awam umum sebelum Belanjawan 2025

today26 June 2024

Background


anwar
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sudah terlalu lama tiada penyelarasan kenaikan gaji kepada penjawat awam. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Kadar baharu kenaikan gaji bagi penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadualkan pada Oktober ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sudah terlalu lama tiada penyelarasan kenaikan gaji kepada penjawat awam.

“…kita harapkan mereka (penjawat awam) bekerja lebih kuat, sudah berbelas tahun tak ada kajian dan ganjaran yang adil.

“Sebab itu saya semalam di Parlimen apabila ditegur saya tegaskan saya tidak bertolak ansur kerana tanggungjawab kita untuk memberikan apa yang mampu dan munasabah kepada penjawat awam dan Insya-Allah saya akan umumkan sebelum bajet atau belanjawan tahun ini,” katanya.

Anwar berkata demikian di dalam ucapannya pada majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 Jabatan Perdana Menteri.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA