

Kadar insurans risiko perang bagi kapal yang beroperasi di Teluk telah melonjak sehingga 50%, ketika pengendali perkapalan berusaha mengelak daripada melalui Selat Hormuz, menurut Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang, K Subramaniam.
Beliau beri amaran bahawa kos tambahan tersebut boleh menyebabkan kenaikan caj tambang dan kesannya pada harga domestik.
Kos penghantaran ke dan dari Timur Tengah, termasuk insurans bagi kapal dan kargo, dijangka meningkat lebih tinggi berikutan peningkatan risiko di wilayah tersebut.
Subramaniam berkata syarikat perkapalan kini mengambil pendirian yang lebih tegas terhadap kargo yang menuju ke Teluk.
“Syarikat perkapalan tidak menerima kargo ke pelabuhan Teluk Parsi,” katanya kepada FMT, sambil menambah bahawa beberapa pengendali turut mengelak selat tersebut demi melindungi anak kapal.
Subramaniam beri amaran bahawa…