Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kadar kelahiran meningkat 13% | Free Malaysia Today (FMT)

today9 August 2023

Background


Menurut Laporan Perangkaan Demografi yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi dengan 20,477 kelahiran, manakala Labuan terendah dengan 357 kelahiran.

PUTRAJAYA: Jumlah kelahiran hidup di Malaysia merekodkan peningkatan sebanyak 13% kepada 105,961 kelahiran pada suku tahun kedua tahun ini daripada 93,799 kelahiran pada suku tahun kedua 2022, menurut Laporan Perangkaan Demografi yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan berkata bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 54,747 kelahiran berbanding 51,214 kelahiran bayi perempuan pada suku tahun kedua tahun ini.

“Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi dengan 20,477 kelahiran, manakala Labuan terendah dengan 357 kelahiran,” katanya.

Sementara itu, sejumlah 50,239 kematian direkodkan pada suku tahun kedua 2023, peningkatan 0.7% berbanding suku tahun kedua 2022 dengan 49,893 kematian.

Beliau berkata Selangor mencatatkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post