
Sylvia Khaw, yang mempunyai pengalaman bekerja selama 19 tahun dalam sektor kewangan berusaha mencari cara untuk menyokong pendidikan anaknya sebelum ini apabila dia mendapat tahu mengenai Ijazah Sarjana Pengajaran dan Pembelajaran di Taylor’s University, yang dikendalikan 100% dalam talian.
Walaupun pada awalnya beliau bimbang tentang kualiti pembelajaran yang dijalankan dalam talian, kini Sylvia melihat hasil ketara program ijazah sarjana yang diikutinya. Beliau berjaya meningkatkan prestasi pembelajaran anaknya, selain menjadi mentor yang lebih baik di tempat kerja.
Perkenalkan kaedah ‘pembelajaran nano’
Untuk memenuhi keperluan pelajar yang tinggal jauh daripada kampus atau di luar negara, Taylor’s University menggunakan kaedah ‘pembelajaran nano’ dalam kurikulum…