Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Kahwin Di Usia 40 Tahun, BCL Enggan Miliki Zuriat?

today1 February 2024

Background

Penyanyi dan pelakon popular, Bunga Citra Lestari (BCL) enggan memiliki zuriat diusia 40 tahun walaupun dia baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Tiko Aryawardhana.

Katanya dalam satu temu bual yang tular di TikTok, dia tidak mahu memiliki anak kerana takut akan risiko yang bakal dihadapi kelak.

β€œSaya rasa tidak, saya sudah tua. Kalau mahu anak sepatutnya masa umur 27 tahun. Sekarang ni sudah 40 tahun.

β€œSebab kalau pregnant diusia 40 tahun dan ke atas itu berisiko,”ulasnya.

Dalam pada itu, BCL sempat berkongsi bahawa selepas kematian Allahyarham Ashraf Sinclair, dia tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti, sebaliknya mahu meneruskan kehidupan dengan penuh bermakna.

“Dulu tu saya rasa amat serasi dengan Ashraf. Jadi sama sekali tidak terfikir mencari pengganti sebaliknya terfikir β€˜mungkin ada tak’ yang sama seperti Ashraf.

β€œ Jadi, hanpir lapan bulan selepas arwah tidak ada lagi, saya menangis setiap hari dan menjalani duka itu.

“Kemudian saya cuba untuk membuka lembaran baru. Pastinya ada perbezaan kerana Tiko bukan Ashraf. Saya juga sudah berbeza kerana harus menjalani hidup baru,” katanya.

Terdahulu, Bunga dan Tiko menamatkan status ibu dan bapa tunggal mereka selepas mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan pada 2 Disember lalu.

 

Written by: Salma


Previous post

Sukan

Malaysia naib juara Piala Dunia hoki

Kuala Lumpur: Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki negara terpaksa akur dengan gelaran naib juara apabila gagal untuk menandingi kehebatan Belanda selepas tewas 2-5 di tangan Belanda pada aksi final Piala Dunia Hoki 5s yang berlangsung di Muscat, Oman.

today1 February 2024