Hot FM

Kain pengelap dalam martabak, peniaga bazar dikompaun


Gambar tular cebisan kain pengelap dalam martabak yang mencetuskan kemarahan warganet minggu lalu.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan kompaun kepada seorang peniaga bazar Ramadan selepas cebisan kain pengelap ditemui dalam martabak dijual di gerainya.

Katanya, siasatan mendapati peniaga di bazar Desa Pandan, Kuala Lumpur, cuai dalam pengendalian makanan sehingga menyebabkan cebisan kain pengelap berada dalam martabak.

“Beberapa kesalahan lain dikenal pasti dilakukan pemilik gerai, termasuk tidak membuat pengasingan jelas untuk bahan mentah dan makanan dimasak, menggunakan kain pengelap tidak bersih dan pengendali makanan tidak memakai pakaian pelindung diri dengan sempurna,” katanya dalam kenyataan.

Kompaun itu dikeluarkan bawah Peraturan 32(1)(b) Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Gambar martabak itu tular minggu lalu yang mencetuskan kemarahan pengguna media sosial.

KKM mengingatkan peniaga mempertingkatkan tahap kebersihan dan keselamatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version