Annuar Musa mencabar Lim Kit Siang ketika berucap dalam satu himpunan di Terengganu menjelang PRN.

PETALING JAYA: Ahli baharu PAS, Annuar Musa, mencabar Lim Kit Siang segera menyamannya, susulan laporan beliau mengaitkan DAP dan ahli politik veteran itu dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Ketika berucap dalam satu himpunan di Kuala Terengganu, Terengganu menjelang PRN tidak lama lagi, Annuar membuat beberapa dakwaan lain lalu berkata “sila saman”.
“Kit Siang kata nak saman saya. Tolong kirim salam. Sekarang dia silap orang pilih nak saman, ambo (saya) minta Kit Siang percepat proses menyaman saya,” katanya.
Kelmarin, Malaysiakini melaporkan Annuar dalam ceramahnya di Kelantan mengaitkan DAP dan Lim dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Veteran DAP itu yang sebelum ini berkali-kali menafikan pembabitannya berkata buku didakwa Annuar mengandungi…