
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan digesa mengkaji semula dasarnya berkait pemberi maklumat dan memperluaskan perlindungan bagi merangkumi kes akan dibicarakan di mahkamah atau tribunal, selain prosiding disiplin.
Kumpulan pejuang pendidikan Tiada.guru menggesa kerajaan mengeluarkan pekeliling menawarkan perlindungan kepada pemberi maklumat apabila diminta memberi keterangan di mahkamah.
Kerajaan turut digesa mengingatkan semua pegawai dan kakitangan kementerian bahawa sebarang bentuk balas dendam terhadap pemberi maklumat merupakan kesalahan disiplin serius.
Kumpulan itu berkata, dasar perlindungan pemberi maklumat kementerian tidak merangkumi kes sedang menanti dibicarakan di mahkamah atau tribunal.
Sambil menggesa pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, kumpulan itu berkata, perlindungan juga mesti…