Hot FM

Kaji salur lebih banyak dana Petronas untuk subsidi, cadang Ramasamy


 

Minyak PETROL RON 95
Subsidi minyak meningkat daripada sekitar RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu susulan kenaikan harga minyak dunia.
PETALING JAYA:

Pengerusi Urimai, P Ramasamy, mencadangkan kerajaan melantik suatu jawatankuasa dwipartisan Parlimen untuk mengkaji kemungkinan menyalurkan lebih banyak dana Petronas untuk subsidi, berikutan kenaikan harga bahan api lantaran peperangan antara Iran dan Amerika Syarikat-Israel.

Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu berkata meningkatkan subsidi bahan api daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion merupakan sebahagian kecil daripada keuntungan bersih Petronas.

“Kerajaan sekurang-kurangnya perlu bersedia untuk membelanjakan sebahagian lebih besar daripada keuntungan Petronas bagi mensubsidi kenaikan harga bahan api,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Ramasamy dalam kenyataan lain berkata peperangan di Asia Barat berkemungkinan telah meningkatkan keuntungan Petronas.

“Keuntungan bersih daripada penjualan petroleum mentah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version