Adun Subang Jaya Michelle Ng mencadangkan hanya satu akta sahaja merangkumi pencemaran sumber air manakala undang-undang lain yang serupa dimansuhkan.

PETALING JAYA: Adun Subang Jaya, Michelle Ng menggesa kerajaan mengkaji semula lima undang-undang berkaitan kesalahan pencemaran air bagi mengelakkan percanggahan bidang kuasa agensi, khususnya dari segi siasatan sedang berlaku di lapangan.
Antaranya termasuk Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta Kerajaan Tempatan 1967, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Kanun Keseksaan dan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 .
Beliau berkata, penyelarasan undang-undang itu wajar untuk memberikan kejelasan kepada Jabatan Peguam Negara mengenai undang-undang yang wajar digunakan.
“Saya mencadangkan hanya satu akta sahaja yang merangkumi pencemaran sumber air. Undang-undang yang serupa dalam akta…