
PETALING JAYA: Projek ‘Canal City’ di Selangor, yang dimulakan kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri pada 2007, perlu dikaji semula, susulan bencana banjir yang berlaku di Shah Alam dan kawasan lain, hujung minggu lalu.
Bekas Perdana Menteri Najib Razak, berkata projek berkenaan sudah diberi peruntukan RM3 bilion, dengan projek berkenaan mula dibina pada 2007 hingga 2009, namun tergendala selepas kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor.
“Lalu, projek tebatan air ini dibatalkan terus oleh kerajaan Pakatan Selangor dengan alasan ianya tidak memberi manfaat besar bagi Selangor.
“Akhirnya, tanah yang dikhususkan bagi projek ini dijual oleh kerajaan Selangor dengan harga murah giler (gila) kepada developer (pemaju) dua minggu sebelum PRU13,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Katanya, lokasi projek…