
PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal membentangkan kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027 kepada Jemaah Menteri sebelum temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris bermula 26 Julai ini.
Menterinya Hannah Yeoh berkata sesi pembentangan itu juga akan melibatkan penerangan mengenai impak kewangan serta sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan termasuk syarikat korporat di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Khamis lalu.
“Kami sedang menyediakan untuk Kabinet kajian itu sekarang berdasarkan libat urus dengan pihak berkepentingan dan penganjuran Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur sebelum ini. Saya tidak tahu minggu yang tepat tetapi pastinya sebelum Sukan Olimpik 2024.
“Sesi pemegang taruh pula hanya ada satu sesi sahaja dan respons daripada sesi berkenaan tempoh hari adalah positif,” katanya selepas melepaskan peserta Powerman Malaysia 2024.
Sebelum ini…