Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Tel Aviv, Israel telah disenaraikan sebagai bandar paling mahal di dunia untuk didiami berikutan peningkatan tinggi kadar inflasi yang telah memberi kesan kepada kos barangan dan perkhidmatan di seluruh dunia berikutan pandemik COVID-19. Pusat bandar Israel itu mendaki lima tempat dalam tempoh 12 bulan lalu untuk merampas gelaran daripada pemenang bersama Paris, Hong Kong dan Zurich tahun lalu, menurut Unit Perisikan Ekonomi (EIU).
Bandar dengan 4 juta penduduk itu merampas kedudukan pertama didorong oleh kekuatan mata wang Israel, shekel, berbanding dolar. Ditambah pula dengan kenaikan harga pengangkutan dan barangan runcit.
Selain itu, Tel Aviv juga disenaraikan sebagai bandar kedua termahal untuk alkohol dan pengangkutan, dan kelima untuk penjagaan diri dan keenam untuk rekreasi. Ia menduduki tempat ketiga teratas dalam kesemua 10 kategori perbelanjaan utama EIU, dengan skor indeksnya…