Hot FM

Kajian MyCC: Beras campur untuk penuhi citarasa pengguna


beras
MyCC rumus tujuan pencampuran beras untuk memenuhi cita rasa pengguna tempatan dan untuk menghasilkan variasi jenama di pasaran. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Pencampuran beras putih tempatan (BPT) dan beras putih import (BPI) yang berlaku sejak tahun 1970-an dibuat bagi memenuhi citarasa pengguna, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Mohamad Sabu.

Menurutnya, rumusan itu dibuat oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menerusi kajian ke atas industri padi dan beras pada awal tahun 2024.

Kajian tersebut dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara, Disember lalu.

“Berdasarkan dapatan MyCC, berlaku amalan proses pencampuran BPT dengan BPI di dalam industri padi dan beras. MyCC merumuskan bahawa tujuan pencampuran ini adalah untuk memenuhi cita rasa pengguna tempatan dan untuk menghasilkan variasi jenama di pasaran,” katanya.

Mohamad berkata demikian dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat kepada soalan Tuan Ibrahim…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version