Kakak kepada usahawan, Kak KM iaitu Kak Nona mengakui telah bernekad untuk berhijrab selepas pulang dari menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Kota Makkah.
Kak Nona atau nama sebenarnya, Rose Azlin turut memaklumkan segala pakaian dan koleksi lama miliknya telah dibuang.
“Bila niat nak pergi umrah, saya bercita-cita untuk berubah.
“Selama dua minggu di Mekah elok saja jaga aurat, solat tak tinggal. Kenapa bila balik tak boleh nak buat macam itu? Sedangkan Allah dah bagi apa yang kita mintak.
“Saya dah buang koleksi-koleksi pakaian yang lama. Bila saya pandang pakaian lama, saya rasa sampai bila saya nak pakai sebegitu,” katanya dalam temu bual bersama Nona.
ula
Sementara itu, ibunya, pelakon veteran Normah Damanhuri turut meluahkan rasa syukur melihat perubahan penampilan anaknya itu.
“Sebagai seorang ibu, saya bersyukur sangat kepada Allah.
“Mula-mula risau juga penghijrahan Kak Nona sekejap, rupanya dia dah beli banyak tudung sebelum berangkat menunaikan umrah,” ujarnya.
@nona.my Benarlah apa dikata, hidayah itu milik Allah. Ayu dan manis sungguh melihat penampilan terkini salah seorang anak pelakon veteran Normah Damanhuri yang kini sudah tampil berhijab. Selepas pulang dari menunaikan umrah, Rose Azlin atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Nona terbuka berkongsi kisah penghijrahannya. Malah ibu Normah Damanhuri juga dilihat menadah kesyukuran dan berdoa agar anaknya itu kekal istiqamah. #majalahnona #normahdamanhuri #kaknona
Sumber: Nona