Menerusi video perkongsian dari @itsazzahraaa, dia berkongsi momen ketika berada di sekolah adik lelakinya. Difahamkan, ketika itu sedang berlangsungnya sebuah majlis di sekolah tersebut.
Pada awalnya si kakak tidak tahu anugerah yang bakal diterima adik lelakinya itu. Namun, selepas seketika barulah dia menyedari bahawa adiknya telah banyak ‘membolot’ kesemua anugerah di sekolah berkenaan.
Lebih membuatkan dia terkejut, di akhir majlis adiknya telah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Cemerlang di sekolah itu.
Dia juga sempat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar adiknya dapat menjawab Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan cemerlang.