Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kakak maut, adik parah motosikal rempuh belakang lori

today19 February 2024

Background


Pemandu lori terbabit menyerah diri dan ditahan untuk siasatan lanjut, menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar Ahmad Shukri Mat Akhir. (Gambar Bernama)

ALOR SETAR: Seorang remaja perempuan maut manakala adik lelakinya yang berusia lima tahun cedera parah selepas motosikal yang mereka naiki merempuh belakang lori di Jalan Gunung Keriang dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Ahmad Shukri Mat Akhir berkata remaja berusia 19 tahun itu, yang tinggal di Alor Janggus di sini, maut di tempat kejadian manakala adiknya mengalami pendarahan kepala dan telah dibawa ke hospital.

“Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar menerima maklumat berhubung kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori itu pada kira-kira 2.10 petang tadi.

“Hasil siasatan mendapati adik-beradik itu sedang dari arah lampu isyarat Alor Janggus menuju ke lampu isyarat Gunung Keriang manakala lori yang dipandu lelaki berusia 59 tahun dari simpang jalan tar mini di kawasan berkenaan,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post