Hot FM

Kaki pesakit diabetes dipotong dilarikan anjing liar, cetus kegemparan di Sibu



Hospital Sibu bagaimanapun mengesahkan kaki itu milik seorang pesakit diabetes yang menjalani pembedahan memotong kaki kiri, baru-baru ini.

PETALING JAYA: Berlaku kegemparan di Sibu berhubung penemuan sebahagian kaki manusia dipotong dipercayai dibawa lari anjing liar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Collin Babat, berkata kaki itu ditemui di kawasan tempat letak kenderaan sebuah kedai besi buruk yang terletak berhampiran tanah perkuburan Cina di Jalan Bukit Lima di sini, kira-kira jam 8 pagi, hari ini.

Menurutnya, bahagian kaki sebelah kiri sehingga paras bawah lutut itu ditemui pekerja kedai besi buruk berkenaan dan segera melaporkan di Balai Polis Lanang.

“Susulan itu anggota dari Balai Polis Lanang dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

“Pasukan polis yang turut membawa anjing pengesan K9 kemudian menemui beg plastik yang biasa digunakan oleh hospital untuk menyimpan sisa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version