
PETALING JAYA: Lelaki yang didakwa menumbuk warga asing yang dikenakan Notis Penolakan Masuk (NTL) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah digantung tugas, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Pada sidang media di Parlimen, beliau memberitahu bahawa lelaki bukan kakitangan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), sebaliknya adalah pekerja AeroDarat Services Sdn Bhd.
Menurutnya, AeroDarat ialah syarikat yang terlibat sebagai pengendali darat untuk Malaysia Aviation Group, yang merupakan syarikat induk Malaysia Airlines.
Katanya, syarikat penerbangan ditugaskan menghantar semula pelancong yang diberikan notis NTL kembali ke tempat penerbangan terakhir mereka, yang merupakan prosedur standard di semua lapangan terbang antarabangsa.
“Kakitangan itu memberitahu penumpang itu melakukan provokasi….