Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata pada 2022 seramai 836 kakitangan Prasarana meletak jawatan yang disifatkan kadar pusing ganti pekerja yang agak tinggi.

PETALING JAYA: Kakitangan Prasarana bakal menikmati kenaikan gaji sebanyak empat hingga 10% berdasarkan skor prestasi kerja masing-masing.
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook ketika mengumumkan perkara itu, berkata ia merupakan antara enam insentif penambahbaikan faedah kepada kakitangan diluluskan Lembaga Pengarah Prasarana.
Beliau berkata, penambahbaikan kadar elaun syif sebanyak 36.3% iaitu daripada RM11 kepada RM15 sehari bagi syif siang dan 53.8% iaitu daripada RM13 kepada RM20 sehari bagi syif malam, juga akan dilaksanakan khususnya kepada kumpulan barisan hadapan dan kakitangan bukan eksekutif melibatkan 2,800 warga Prasarana.
Memetik Bernama, Loke berkata, turut dilaksanakan penambahbaikan kadar…