
PETALING JAYA: Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi Parlimen Lubok Antu, Dr Johnical Rayong Ngipa akan mengemukakan petisyen membantah keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) selepas hanya tumpas dengan majoriti 100 undi.
ADUN Engkilili itu juga, berkata beliau amat kecewa dengan keputusan itu yang disifatkannya cukup mengejutkan.
Beliau mendakwa, sudah mendahului dalam saingan empat penjuru sejak awal.
“Namun, sebaik sahaja pegawai pengurus pilihan raya (RO) bagi kerusi Parlimen Lubok Antu (Richard Ngumbang) membuat pengumuman rasmi, saya diisytihar kalah dengan hanya 100 undi.
“Saya meminta RO supaya membuat kiraan semula, namun tidak dibenarkan dan itu adalah sesuatu yang amat mengecewakan,” katanya menurut Harian Metro.
Dalam pertandingan empat penjuru, calon…