
MELAKA TENGAH: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak sesekali akan meninggalkan Bersatu yang dipimpinnya walaupun PN tewas teruk pada pilihan raya negeri (PRN) malam ini.
Beliau berkata, Bersatu dan PN akan terus meneruskan perjuangan berprinsipnya untuk ditawarkan kepada rakyat.
“Apakah saya akan tinggalkan parti saya dan kembali kepada parti asal (Umno)? Itu sesekali tidak akan berlaku.
“Kita sudah berhijrah dan yakin prinsip asas Bersatu dan PN tidak lain menawarkan suatu bentuk parti mendokong kerajaan lebih baik dan prinsip ketelusan,” katanya pada sidang media, sebentar tadi.
Keputusan PRN yang diumumkan malam ini menyaksikan PN hanya menang dua daripada 28 kerusi yang ditandinginya iaitu Sungai Udang dan Bemban.
Bagaimanapun, PN gagal…