Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kalahkan Duta Sheila On 7 Dalam Badminton, Perhatian Peminat Indonesia Tertumpu Kepada Imran Aqil

today21 November 2023

Background

Impian pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil untuk menjadi wakil negara dalam pertandingan badminton yang dinamakan sebagai Tepok Bulu 2023 di Jakarta, Indonesia baru-baru ini menjadi kenyataan.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, kemunculannya pada acara berkenaan menjadi bualan hangat warganet di sana.

Menerusi beberapa perkongsian video yang tular di TikTok, rata-rata peminat Indonesia memuji wajah kacak dan personaliti menarik yang dimiliki Imran atau nama penuhnya Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin.

“Orang Malaysia lucu juga,” tulis pada kapsyen video berkenaan.

Tidak habis disitu, warganet Indonesia juga dilaporkan mula aktif membuat carian menerusi laman sesawang dengan kata kunci nama aktor berkenaan.

“Indo: tepok bulu vs malay: badminton.

“Search aku Imran Aqil tepok bulu dahlia.

“Aku dah agak Imran pergi Indonesia mesti famous punya sebab dia handsome .

“Sedih diawal pertandingan sudah langsung diberikan info Imran suda punya isteri,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dengan menerima lebih 100,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

Terdahulu, Imran dan rakan beregunya iaitu, Datuk Fazley Yaakob berjaya menewaskan vokalis kumpulan Sheila On 7 (SO7), Akhdiyat Duta Modjo (Duta) dan pasangannya yang juga pelawak, Vincent Rompies di hadapan 6,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia.

Sekadar info, Tepok Bulu 2023 adalah perlawanan persahabatan pasukan selebriti Indonesia yang mengundang rakan seperjuangan dari Malaysia sempena meraikan ulang tahun ke-60 stadium tertutup ikonik negara terbabit.

Written by: Salma


Previous post