Pelakon Sharifah Rose, 24, mengakui bahawa dirinya masih belum mempunyai kekasih hati tetapi dirinya teringin untuk mendirikan rumah tangga.
Gara-gara sibuk dengan kerjayanya, Rose memberitahu dia tidak mempunyai kesempatan masa untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki lagi.
Memetik laporan Harian Metro, Sharifah Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira memaklumkan dia juga tidak terjebak dengan cinta lokasi.
“Buat masa ini, saya hanya berkawan-kawan saja. Masih ‘single’ lagi. Cinta lokasi pun taka da. Habis ‘shooting’, habislah. Di lokasi, saya memang selesa berkawan dengan rakan pelakon lain termasuk yang menjadi ‘hero’ saya dalam drama itu.
“Kalau penonton tengok serasi, bermakna lakonan kami berjayalah. Tapi, untuk cinta lokasi dengan sesama rakan pelakon, memang tak ada pun. Saya habis kerja situ, situ sajalah dan terus balik ke rumah. Datang event pun saya sorang,” katanya kepada Harian Metro.
Bukan itu sahaja, disoal mengenai penerimaannya terhadap ‘cinta lokasi’, Rose menjelaskan dia tidak bimbang sekiranya bertemu jodoh di lokasi.
Tambah, dia mengharap dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik sahaja malah dia sempat berkongsi ciri-ciri lelaki idamannya.
“Kalau boleh, jodoh saya bukan artislah. Lelaki bujang, kacak, boleh bimbing saya, ‘gentleman’, matang dan semestinya, emosi dia stabil. Orangnya biarlah rileks, santai, tak suka marahh-marah dan bukan kaki pukul.
“Apapun, saya ada merancang umur 28 tahun ke, apabila dah cukup ‘explore’ karier, baru fikir yang lain-lain. Jadi, rasanya apabila pengalaman dah cukup, masa ‘settle down’ itu, saya akan ‘settle down’,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Sharifah Rose pernah menjalin hubungan cinta dengan Aazief Khalid yang juga merupakan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Namun, hubungan tersebut tidak berpanjangan apabila berpisah sejak September 2020 lalu.
Sharifah Rose juga pernah dikaitkan dengan penyanyi, Ismail Izzani.
Sumber: Harian Metro