
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin mencadangkan PAS bertanding solo jika jalan damai’ gagal ditemui dalam menyelesaikan kemelut pelantikan pengerusi pelantikan pengerusi Perikatan Nasional (PN).
Bercakap kepada FMT, beliau bagaimanapun berkata sebaiknya usaha mengisi kerusi ditinggalkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin itu diselesaikan menerusi rundingan terlebih dahulu.
“Saya minta runding dahulu, sekarang kita dilihat dok (tengah) bergaduh.
“Kalau gagal gerak solo. Itu sahaja, kalau berjaya (runding) baguslah bukan nak berkelahi,” katanya yang akan membawa perkara itu dalam mesyuarat Majlis Syura dengan Jawatankuasa PAS Pusat petang ini.
Beliau mengulas perkembangan kini kemelut pelantikan pengerusi PN yang dilihat sukar diselesaikan dalam masa terdekat susulan ketidakhadiran Presiden PAS Hadi Awang dalam pertemuan membabitkan presiden komponen di kediaman Muhyiddin, malam tadi.
Pertemuan itu…