
KUALA LUMPUR: Penggulungan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu di Dewan Rakyat hari ini menarik perhatian susulan kenyataannya ‘baik saya balik jadi presiden kamu’.
Kenyataan berseloroh itu dibuat ketika beliau membangkitkan keperluan kerjasama termasuk di kawasan pembangkang bagi memastikan keterjaminan makanan.
Mohamad berkata beliau buta warna politik dalam memastikan keterjaminan makanan negara dengan membantu semua petani, pesawah dan nelayan di seluruh negara tanpa mengira kawasan.
“Kalau saya ke Kelantan nak cari kawasan mana yang Amanah?, jadi kita pergi mana bantu kawasan berpotensi…tak kira sokong parti mana.
“Hal makanan ini dari sudut parti dan kaum mesti colour blind (buta warna), kita lihat keupayaan dan mesti bantu,” katanya sebelum Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin mencelah memuji pendekatan Mohamad itu.
Ketika mahu meneruskan…