
PETALING JAYA: Umno boleh bertanding menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya jika parti itu yakin mendapat sokongan pengundi di kawasan ditandingi, kata MIC.
Naib Presiden, T Mohan, berkata MIC tidak menghalang Umno berbuat demikian, namun konsep utama Barisan Nasional (BN) ialah kebersamaan antara parti komponen yang dipegang selama puluhan tahun.
“Terpulang kepada fikiran Umno jika mahu bertanding atas tiket sendiri, sekiranya mereka mendapat kelebihan majoriti kaum. Jika kawasan itu Melayu, mungkin itu boleh dilakukan.
“Tetapi mengikut konsep kebersamaan BN yang dipegang sejak puluhan tahun, walau siapa pun calon dipilih tanpa mengira Melayu atau India, kita sentiasa bersama MCA, parti Sabah dan Sarawak.
“Apa yang mustahak kita perlu tanya adalah (sama ada) parti itu masih kekal relevan dan pemimpin parti itu…
