Ketua Penerangan Azalina Othman Said berkata Umno mahu Jemaah Menteri bincang ‘penyelesaian menyeluruh’.

PETALING JAYA: Para menteri Umno akan membangkitkan isu penggunaan kalimah “Allah” dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok, susulan keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan mahkamah.
Ketua Penerangan Azalina Othman Said berkata Umno mahu Jemaah Menteri membincangkan dan mencapai suatu “penyelesaian yang menyeluruh”, termasuk pendekatan perundangan dan bukan perundingan.
“Isu penggunaan kalimah Allah hendaklah dikendalikan dengan penuh cermat kerana ia melibatkan sensitiviti agama, kebebasan beragama, dan keharmonian antara rakyat berbilang kaum.
“Dalam hal ini, penelitian yang lebih mendalam diperlukan untuk menangani isu ini secara adil dan saksama kepada semua pihak yang terlibat,” katanya dalam…