Hot FM

Kamal Adli Jawab Dakwaan Perkahwinan Goyah

Susulan dakwaan mengatakan rumah tangga yang dibina bersama pelakon jelita, Uqasha Senrose bergolak, Kamal Adli akhirnya tampil membuka mulut mengenai isu kontroversi tersebut.

Kata Kamal atau nama penuhnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, perkara itu mustahil berlaku sekaligus berharap orang ramai dan peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Tambahnya, sekiranya perkara itu benar-benar terjadi, sebagai lelaki dia akan tampil menjelaskan mengenai isu tersebut kepada umum.

“Saya tidak akan biarkan perempuan buat benda itu semua. Insya-Allah, saya sayang anak, isteri dan keluarga saya.

“Doakan yang terbaik. Mustahil untuk saya sampai ke tahap itu. Kalau ada apa berlaku pun, sebelum berlaku, saya sebagai lelaki akan ke depan,” katanya kepada pemberita.

 

Mengulas lanjut, Kamal menjelaskan bahawa dia dan Uqasha terpalit dengan isu tersebut apabila kes perceraian mula berlaku dalam kalangan rakan artis.

“Jadi, benda itu jadi macam merebak pula sampai ada yang pertikai kenapa kami dah lama tak bergambar bersama dan ada masalah.

“Bila saya keluarkan kenyataan dan jawab elok-elok bahawa dalam rumah tangga ada ketikanya bergaduh dan ada ketikanya okay, orang ambil kenyataan itu pula,” jelasnya.

Bagaimanapun, pelakon Takluk: Lahad Datu ini mengaku punca dia kurang memuat naik foto bersama isteri dan anaknya itu di media sosial adalah disebabkan kekangan kerja.

“Kami okay. Kurang sangat kami muncul di media sosial sebab saya memang sibuk dengan penggambaran dan tak ada masa.

“Sekarang baru saya ada masa. Fokus saya memang kepada Hawra. Sebelum enam bulan ini pun, bahkan semasa Uqasha mengandung pun saya banyak ‘outstation’, penggambaran Takluk di Sabah dan Munajat Kasih di Kelantan.

“Jadi, saya banyak meninggalkan Uqasha dengan Hawra. Jadi, saya nak gantikan semula,” ujarnya.

Terdahulu, Uqasha ketika ditemui media usai malam gala tayangan filem Bisikan Dosa enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

Katanya, orang diluar sana tidak akan berhenti bercakap mengenai isu dakwaan itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Terus Kunci Mulut, Uqasha Senrose Enggan Komen Isu Rumah Tangga Didakwa Berantakan

ARTIKEL BERKAITAN:Uqasha Senrose Nafi Rumah Tangga Bergolak, Hanya Gaduh Manja Dengan Kamal Adli

 

Sumber: Harian Metro

Exit mobile version