Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Kami Dapat Tahu Degupan Jantung Baby Telah Terhenti Seminggu Sebelum Raya” – Elvina Mohamad

today11 May 2022

Background

Pelakon jelita, Datin Elvina Mohamad memaklumkan dirinya mengalami keguguran pada usia kandungan memasuki tiga bulan.

Memetik laporan Mstar, Elvina memberitahu dia menyedari keadaan jantung bayi dalam kandungannya yang terhenti selepas melakukan pemeriksaan doktor sebelum sambutan Syawal lalu.

“Kami dapat tahu degupan jantung baby telah terhenti seminggu sebelum raya dan kata doktor biasanya akan keluar sendiri secara semula jadi.

“Namun semalam, mula terasa sakit dan saya terus ke hospital. Doktor akan melakukan prosedur untuk membersihkan rahim pada hari ini (Selasa),” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu meluahkan perasaan sedih dan duka kerana terlalu berharap akan dikurniakan cahaya mata kedua dalam tahun ini.

Bagaimanapun, Elvina berkata dia dan suami akur dengan ketentuanNya dan menganggap tiada rezeki buat mereka untuk memiliki cahaya mata kedua dalam masa terdekat.

“Ketika awal tahu tentang degupan jantung bayi telah terhenti memang rasa down sebab memang saya merancang untuk hamil tahun ini.

“Saya anggap tiada rezeki dan ini adalah ketentuan Allah,” jelasnya.

Sementara itu, suami tercintanya, Datuk Mohd Haniff Borhan menafikan isterinya yang aktif bekerja itu tidak menjadi asbab mengapa aktres itu mengalami keguguran.

“Doktor memaklumkan punca keguguran bukan sebab aktif bergerak atau bekerja kerana rahim isteri sangat kuat dan disebabkan itu kandungan tidak keluar secara semula jadi.

“Seperti kata orang mengikut perspektif Islam, mungkin anak ini tidak mahu dilahirkan ke dunia. Jadi ia bukan rezeki kami,” ujarnya.

Untuk rekod Elvina dan Haniff mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Karl Mateen, 3 tahun.

Written by: Aqilah


Previous post