Larian kami bermula di Hyde Park pada jam 8.30 pagi dan berakhir di pantai terkenal di Sydney iaitu Bondi Beach.
Seramai hampir 90,000 peserta dari seluruh pelusuk negara telah bersedia dengan outfit larian masing-masing. Pelbagai jenis outfit diperagakan setiap peserta dan ini sesuatu yang tidak pernah kami lihat dalam mana-mana acara larian di tempat lain.
City2Surf juga sebenarnya adalah larian amal dan ini adalah salah satu acara kutipan dana yang penting untuk badan-badan amal di Australia.
Trek larian agak mencabar kerana dipenuhi dengan bukit. Bagaimanapun, apa yang menarik di sini adalah setiap 2 kilometer, akan ada persembahan yang berlainan untuk menghiburkan para peserta. Daripada pancaragam sehinggalah band performance, boleh kami katakan inilah maksud ‘Fun Run’ yang sebenar!
Setelah hampir dua jam berlari, akhirnya kami telah berjaya menamatkan larian dengan baik tanpa sebarang kecederaan. Sememangnya ini adalah pengalaman yang sangat berharga dan tidak…