
PETALING JAYA: Ahli pembangkang yang terus-menerus menekankan pegangan saham Azam Baki sedang mencari kebenaran dan ketelusan, bukan tidak patriotik, seperti yang didakwa Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu, kata Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH).
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata, sesiapa yang berfikiran wajar akan mempersoalkan penemuan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan penjelasan yang diberikan Azam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Menjadi tidak patriotik dengan mempersoalkan kontroversi Azam Baki bukanlah isunya. Ia dipanggil kontroversi kerana penemuan SC secara langsung bercanggah dengan penjelasan Azam sendiri,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, Faizal salah faham yang isu itu berkaitan dengan…