Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kami hanya patuh arahan Jakim, kedai bakeri perjelas isu tular kek Krismas

today17 December 2023

Background


Satu kenyataan Jakim berkata premis yang mempunyai sijil halal tidak boleh mempamerkan kek dengan ucapan Krismas. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Sebuah kedai bakeri yang dituduh rasis kerana tidak membenarkan ucapan Krismas pada keknya berkata ia hanya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengurus operasi Berry’s Cake House, Daniel Teoh, berkata kedai itu tidak mempunyai pilihan selain mematuhi peraturan atau berisiko kehilangan sijil halalnya.

“Tetapi kami kini dituduh sebagai rasis, sedangkan kami tidak begitu. Kami hanya mengikut arahan,” katanya kepada FMT selepas ditanya mengenai memo dalaman yang tular.

“Kami bukan melakukannya dengan sewenang-wenangnya (melarang ucapan Krismas). Apa akan jadi jika mereka (Jakim) tiba-tiba mengaudit kami? Mereka akan membatalkan sijil halal kami,” katanya.

Gambar memo dalaman yang ditunjukkan kepada pelanggan yang berhadapan dengan pekerja.

Notis itu dikeluarkan Teoh kepada kakitangan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Predeep Nambiar


Previous post

Sukan

Jerman juara Piala Dunia Remaja 2023

Kuala Lumpur: Tuah bumi Malaysia terus memihak kepada Jerman apabila mengesahkan kejuaraan kali ketujuh Piala Dunia Remaja selepas menewaskan Perancis 2-1 di final yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

today17 December 2023