
PETALING JAYA: Sebuah kedai bakeri yang dituduh rasis kerana tidak membenarkan ucapan Krismas pada keknya berkata ia hanya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pengurus operasi Berry’s Cake House, Daniel Teoh, berkata kedai itu tidak mempunyai pilihan selain mematuhi peraturan atau berisiko kehilangan sijil halalnya.
“Tetapi kami kini dituduh sebagai rasis, sedangkan kami tidak begitu. Kami hanya mengikut arahan,” katanya kepada FMT selepas ditanya mengenai memo dalaman yang tular.
“Kami bukan melakukannya dengan sewenang-wenangnya (melarang ucapan Krismas). Apa akan jadi jika mereka (Jakim) tiba-tiba mengaudit kami? Mereka akan membatalkan sijil halal kami,” katanya.
Notis itu dikeluarkan Teoh kepada kakitangan…
