
PETALING JAYA: Lebih 1,000 pemilik kenderaan tersadai di Pelabuhan Klang selepas kapal kargo membawanya terbakar pada 3 Dis lalu mahu dibabitkan dalam perbincangan diuruskan Kementerian Pengangkutan (MOT).
Jurucakapnya, Firdaus Mohammad Yusza, 41, mempersoalkan mengapa mereka sebagai mangsa tidak dipanggil dalam perbincangan antara MOT, syarikat kapal kargo, syarikat insurans, firma guaman dan pihak berkepentingan lain pada 24 Feb lalu seperti diumumkan Menteri Loke Siew Fook.
“Kenapa kementerian hanya berunding dengan syarikat kapal dan ejen? Kenapa tidak dengan kami sebagai mangsa sebenar?” katanya kepada FMT sambil mendakwa tidak mendapat sebarang perkembangan.
“Ejen kami lepas tangan begitu sahaja.”
Kapal itu terbakar di kedudukan 9 batu nautika berhampiran Tanjung Labuh, Batu Pahat dalam pelayaran ke Kota Kinabalu pada 3 Dis, memaksanya…