Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Kami nak tinggal dengan ibu’, kata 3 anak Loh

today20 February 2022

Background



Video pendek yang dimuat naik ke Facebook menunjukkan Loh Siew Hong duduk bersama tiga anaknya dengan selesa sambil tersenyum.

PETALING JAYA: Tiga anak kepada ibu tunggal, Loh Siew Hong menyuarakan hasrat mahu kembali ke pangkuannya.

Rakaman video yang dimuat naik jurucakap Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Tamilar Kural Malaysia, David Marshel, menunjukkan tiga kanak-kanak itu duduk bersama Loh sambil tersenyum dan memberitahu mahu tinggal “bersama ibu” selepas tiga tahun berpisah.

Video pendek itu dimuat naik ke Facebook beserta kapsyen: “Tidak ada yang sekuat cinta ibu dan tidak ada yang lebih menyembuhkan seperti jiwa anak-anak.

“Jangan sebar penipuan, anak tetap ke pangkuan ibu!” tulis David.

Tiada maklumat bila dan di mana video itu dirakamkan.

David ketika dihubungi FMT berkata, kapsyen tersebut dibuat secara umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Jumaat lalu, Loh dilaporkan berkata, beliau kecewa dengan Mufti Perlis, Mohd Asri…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post