
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata beliau tahu mengenai “Langkah Dubai” sebelum individu terbabit mendarat di bandar raya itu.
“Laporan dari segi perisikan memang kami peroleh seawal penerbangan mereka sampai ke tempat itu (Dubai),” katanya pada sidang media.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama individu dimaksudkan.
Minggu lalu, media melaporkan dakwaan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Ismail Yusop wujud “Langkah Dubai” membabitkan pertemuan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan dari blok kerajaan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.
Beliau mendakwa pertemuan untuk menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim itu turut membabitkan tokoh politik veteran berpengaruh yang berpangkat Tun menggunakan dana asing.
Pertemuan itu…
