Kumpulan reformasi pilihan raya itu berkata, berkemungkinan SPRM digunakan sebagai senjata oleh kerajaan terdahulu terhadap musuh politik mereka.

PETALING JAYA: Kenyataan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menandakan agensi itu digunakan sebagai senjata politik, menurut kumpulan reformasi pilihan raya Bersih.
Pengerusi Bersih Thomas Fann berkata, kenyataan Azam Baki mengesahkan keraguan kumpulan itu bahawa SPRM telah dihalang dalam siasatannya.
“Dan kemungkinan besar SPRM dijadikan senjata terhadap musuh politik kerajaan pada masa itu,” kata Fann kepada FMT.
Minggu lepas, Azam berkata tugasnya menjadi mudah apabila wujud iltizam politik pada pihak atasan, terutamanya perdana menteri.
Beliau dilaporkan berkata, agensi itu kini tidak menghadapi sebarang halangan untuk meneruskan kes.
“Saya tidak sakit kepala. Saya boleh…