
PETALING JAYA: Sokongan lima wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim bukan bagi mengejar jawatan dalam Kabinet, sebaliknya hanya mahu peruntukan bantu rakyat, kata Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman.
Suhaili yang digantung enam tahun daripada Bersatu berkata beliau bersama empat lagi tidak pernah meletakkan syarat seumpama itu, sambil menegaskan keputusan melantik seseorang ke dalam pentadbiran Putrajaya adalah prerogatif Anwar.
Selain Suhaili, turut menyokong kerajaan Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).
“Jadi kita yang berlima tidaklah meletakkan syarat atau harapan bagi sokongan dilantik, tapi jika ada itu satu pengiktirafan…nampak buruk jika kami nyatakan…